Dilarang puasa pada hari raya:
"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)" [Bukhari-Muslim]
Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
"Diriwayatkan  daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu  bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]
Berbuka di waktu maghrib:
"Diriwayatkan  daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila  datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang  berpuasa pun bolehlah berbuka" [Bukhari-Muslim]
Ketika  kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi.  Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:
"Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila  seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah  berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki  atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata:  Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa"  [Bukhari-Muslim]
Puasa yang sia-sia:
"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]
Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.
Dilarang bersetubuh pada saat berpuasa:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?
Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak. 
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini. Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.
Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri" [Bukhari-Muslim]
Bangun dari junub tidak membatalkan puasa:
"Diriwayatkan  daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w  bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian  meneruskan puasa" [Bukhari-Muslim]

